Senin, 02 Mei 2011

Batuan

Batuan sedimen mempunyai jenis butiran kerangka yang agak terbatas dari segi mineraloginya. Ini kerana sebahagian besar mineral yang kurang stabil yang terdapat dalam batuan igneus dan metamorf telah musnah/hilang semasa proses angkutan/pemendapan.
Kebanyakkan mineral yang ada merupakan mineral yang tahan dari segi ketahanan kimia dan fizikal.
Antara butiran/mineral yang banyak ditemui dalam batu sedimen ialah;

Kuarza monohablur
polihablur
Feldspar K-feldspar
plagioklas
Pecahan batuan rijang
batu pasir
batu lumpur
syis
basalt
granit halus
Mika muskovit
Mineral berat rutil
zirkon
________________________________________
KAITAN BUTIRAN KERANGKA DENGAN BATUAN PUNCA
Butiran kerangka mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan batuan punca (provenance)
Provenance adalah tempat asal atau punca dari mana batuan/butiran sedimen berasal. Ini termasuklah dari batuan jenis apalah ianya berasal, dan juga bagaimanakah keadaan muka bumi dan iklim kawasan batuan punca tersebut
Untuk menentukan provenance ini, kajian petrografi mestikah meneliti perkara seperti berikut;
* Jenis mineral/butiran
* Sifat optik mineral atau batuan, seperti jenis pemadaman dan lain-lain
* Saiz butiran
* Bentuk - kebulatan dan kesferaan
Dengan mengetahui sifat-sifat ini, kita dapat tentukan batuan punca untuk sampel yang dikaji
Ada butiran yang membentuk batuan sedimen yang hanya terdapat di kawasan tertentu sahaja, dan ini boleh digunakan untuk menentukan jenis batuan punca
________________________________________
KUARZA
Secara umum, semua batuan igneus dan kebanyakkan batuan metamorf (kecuali kuarzit) mengandungi kuarza disekitar 40% daripada keseluruhan isipadunya. Tetapi dalam batuan sedimen, kandungan kuarzanya melebihi 65% untuk batu pasir dan 30% untuk syal.
Merupakan butiran yang paling banyak terdapat dalam batuan sedimen
Di antara sifat-sifat butiran kuarza yang penting dikaji ialah; * jenis pemadaman * inclusion mineral lain di dalamnya * inclusion cecair (fluid inclusions) * monohablur atau polihablur * jenis sempadan antara hablur untuk polihablur * lamela canggaan (deformation lamellae)
Jika sempada antara kuarza polihablur berjenis sutur, ini menunjukkan kuarza polihablur ini adalah berasal daripada batuan metamorf. Butiran kuarza ini juga biasanya akan berbentuk memanjang dan tersusun dalam satu arah yang sama
Kuarza polihablur yang berasal daripada batuan igneus biasanya mempunyai sempadan hablur yang lurus
Jenis pemadaman kuarza juga penting diperhatikan. Selalunya kuarza dari batuan metamorf mempunyai pemadaman bergelombang. Walau bagaimanapun, ini tidak sentiasa benar
Kuarza asalan volkanik mempunyai bentuk euhedral atau subhedral, dan juga mempunyai struktur tekukan
Kehadiran "inclusion" atau mineral yang terkepong di dalam kuarza juga boleh membantu untuk mengenali punca batuan asal. Kuarza yang banyak "inclusion vacuoles" berasal daripada punca bersuhu rendah seperti telerang hidrotermal
Kuarza yang bentuknya terlalu bulat dan kesferaannya sangat tinggi biasanya berasal daripada punca batuan sedimen yang sedia ada sebelumnya

________________________________________
FELDSPAR
Feldspar merupakan butiran yang ke-dua penting. Feldspar terdiri daripada beberapa jenis dan boleh membantu kita mengenali batuan punca
Walaupun feldspar merupakan mineral silikat pembentuk batuan yang utama dan banyak terdapat dalam batuan igneus dan metamorf, tetapi dalam batuan sedimen klastik, feldspar wujud dalam jumlah yang sangat sedikit, iaitu 10 - 15% sahaja. Ini kerana proses luluhawa kimia yang intensif boleh memusnahkan butiran feldspar
Batuan yang banyak feldspar seperti arkos mestilah berasal daripada punca yang kaya dengan feldspar, dan selalunya terendap dekat dengan batuan punca
Kembaran yang terdapat dalam mineral feldspar boleh membantu kita mengenali jenis-jenis feldspar, dan juga boleh membantu kita mengenali batuan punca, kerana sesetangah feldspar hanya boleh ditemui dalam batuan tertentu sahaja
Feldspar alkali selalunya lebih biasa ditemui berbanding dengan plagioklas. Ini sisebabkan ketahanannya terhadap luluhawa adalah tinggi, dan juga kerana batuan punca seperti granit dan gneis mempunyai kandungan K-feldspar yang lebih banyak berbanding dengan plagioklas Plagioklas anortik tidak banyak terdapat dalam batuan punca jenis daratan berbanding dengan plagioklas jenis albit. Ini disebabkan batuan kebenuaan kebiasaannya dari jenis asid dan pertengahan
Di lautan dan arka kepulauan, kebanyakkan batuan punca adalah daripada jenis basid atau mafik yang kaya dengan plagioklas jenis kalsit (anortik)
K-feldspar jenis sanidin berasosiasi dengan batuan metamorf sentuhan bersuhu tinggi, ataupun dengan batuan volkanik
Mikroklin boleh ditemui di dalam batuan metamorf dan igneus pluton, tapi tidak terdapat dalam batuan volkanik
Plagioklas yang berzon umumnya berasal daripada punca batuan volkanik, dan jarang ditemui dalam batuan igneus pluton dan batuan metamorf
Feldspar yang berasal daripada batuan piroklastik berkecendungan mempunyai bentuk euhedral, selalunya pecah, manakala feldspar daripada punca igneus pluton pula berbentuk anhedral
________________________________________
PECAHAN BATUAN (rock fragments)
Butiran yang jelas menunjukkan sifat batuan asal dipanggil pecahan batuan. Pecahan batuan yang terdiri daripada satu mineral/hablur sahaja, dan telah hilang sifat asal batuan asal tidak dikelaskan sebagai pecahan batuan
Pecahan batuan merupakan salah satu komponen yang sangat penting dalam sedimen detrital kerana ia dapat memberi maklumat batuan punca secara langsung
Kewujudan pecahan batuan dalam batuan sedimen bergantung kepada beberapa faktor; * nisbah antara saiz mineral dalam batuan asal berbanding dengan saiz butiran pecahan/partikel * darjah saling mengunci (interlocking) di dalam batuan asal * kestabilan kimia pecahan batuan * jenis dan intensiti luluhawa dan proses angkutan yang dialami * luluhawa selepas terendap
Semasa mengalami proses luluhawa, kecenderungan yang akan berlaku ialah;
• saiz pecahan batuan akan mengecil
• pecahan batuan yang mengandungi lebih daripada satu hablur akan pecah dan menjadi pecahan satu mineral
• feldspar dan lain-lain mineral yang kurang stabil akan musnah/hilang menjadi saiz lumpur
Kecenderunang ini menyebabkan pecahan batuan yang mengandungi banyak hablur/mineral adalah kurang stabil berbanding dengan pecahan batuan satu hablur
Tiga kumpulan pecahan batuan yang utama ialah;
• kumpulan argilit: termasuk syal, sabak, filit dan syis
• kumpulan volkanik
• kumpulan silika: termasuklah kuarza dan chert
Batuan punca yang berbutir halus seperti batu lodak, syal, pasir halus, syis dan rijang merupakan pecahan yang biasa ditemui dalam batuan sedimen. Serpihan igneus yang berbutir halus juga boleh ditemui
Serpihan batuan karbonat juga terdapat, tetapi jurang ditemui kerana ketahanan kimianya kurang. Kehadiran serpihan batuan karbonat selalunya menunjukkan pemendapan berdekatan dengan kawasan batuan punca
Serpihan volkanik boleh berasal daripada batuan volkanik yang telah sedia ada sebelumnya, ataupun berasal daripada aktiviti volkanik yang berlaku semasa pengendapan berlaku. Agak sukar untuk kita menentukan asalan pecahan batuan volkanik yang tepat
Serpihan/pecahan batuan boleh mengalami perubahan bentuk oleh proses diagenesis. Pecahan batu lumpur mungkin sukar dikenali bila ianya mengalami tekanan/himpitan, yang mana apabila terhimpit, ia akan memasuki celah-celah butiran kerangka. Akhirnya pecahan ini kelihatan seperti matrik

________________________________________
MIKA
Mineral mika jarang ditemui di dalam batuan sedimen
Muskovit lebih tahan proses luluhawa berbanding dengan biotit, dan sebab itulah muskovit lebih kerang ditemui
Punca mika boleh samada daripada batuan igneus pluton, daripada batuan metamorf seperti syis dan gneis, ataupun daripada batuan volkanik
Secara umumnya, kehadiran mika yang banyak mencadangkan batuan punca jenis metamorf, dan puncanya tidaklah jauh
________________________________________
MINERAL BERAT
Mineral yang mempunyak "specific gravities" lebih daripada 2.9 dipanggil mineral berat
Mineral berat sangat berguna untuk menentukan batuan punca sebab ianya sangat tahan terhadap luluhawa kimia dan fizis, dan juga kerana mineral ini hanya wujud dalam batuan jenis tertentu sahaja
Walau bagaimanapun, mineral berat sukar dikaji menerusi irisan nipis, disebabkan jumlahnya terlalu sedikit
Bentuk yang sangat bulat selalunya menunjukkan mineral ini telah mengalami hakisan berulang kali. Ini bermakna puncanya ialah batuan sedimen yang telah mengalami proses hakisan pengendapan berulangan kali

Tidak ada komentar:

Posting Komentar